Khamis, 24 Mac 2011

I'm Back

Assalamualaikum...mohon maaf kpd insan-insan yang follow aku punye blog sbb dah lama aku tak update aku punya blog ni. Memang aku akui sekarang ni aku memang cukup malas nak update blog, tambah-tambah kalau internet selalu buat hal, slow macam siput khinzir...nak bukak facebook pon kna tnggu kat setengah jam..adehhh...tensen kan?? emmm...ape-ape hal pon aku akan cuba jugak untuk update blog aku ni sebab banyak cerita yang aku nak kongsi dengan korang.

Aku ni pon baru balik dari BTN je ni..walaupon program tu boleh dikatakan agak boring la jugak, tapi ia dapat bagi satu pengalaman manis jugak la bagi aku. Mula-mula tu memang aku tak nak pergi program tu sebab first2 skali aku diberitahu yang aku kena pergi program kursus pengurusan organisai yakni kursus yang ajar kite camne nak buat proposal. Ok aku tak kisah....tapi yang aku kisah kenapa diorang tipu aku..kurang asam betol HEPA..mula-mula tu aku dah pikir dah sbb sebelum ni diorang kate pihak BTN akan uruskan kursus tu..so terus datang dalam kepala otak aku ni...ni mesti kursus BTN ni...dan mmg ternyata ianya kursus BTN sesudah sampainya aku kat kem desa mahmood kat kelantan..tp tak pela..sekurang-kurangnya aku dapat balik jugak kat kelantan walaupon bukan umah aku..kuikuikui.

Nak cerita pasal kursus BTN ni panjang...takpe..aku cerita lainkali..(^_^) skang ni aku nak pergi mandi dulu..baru bangun tido beb...semalam tido lambat gara-gara dok YM ngan abang aku yang dah lama tak jumpa..ok salammmmmmm...