Isnin, 8 November 2010

KERJA KUAT

Perghhhhh!!!!

penat giler...seluruh urat-urat sendi terasa sakit dan lenguh..kenapa?? haaa..biasa la kalau dah ambik kos tool and die design ni, Kalau tak masuk bengkel memang tak sah, bermain dengan mesin dah di ibaratkan seperti darah daging kami. Setakat kena marah dan kena herdik kat instructor tu kami dah lali dah..huhu.

Hari ni bengkel start kul 2 petang hingga lah kul 12 mlm. Mak aih!!! cam nak tercabut lutut dok main benda alah tu, kalau korang nak tau, main mesin tu bleh wat kita jadi dahaga yang teramat sangat..tengkuk jadi kering, pedih..aduh..tuhan jela yang tau. Biasanya kalau abis-abis je bengkel aku tibai air cukup-cukup dekat food court tu..fuhhh!!! heaven...nikmatnya hanya tuhan jela yang tahu...nak harapkan air water cooler kat bengkel tu..emmm..haram...tak sejuk pon..hukhuk.

perghhh!!! heaven..


Hari ni sebenarnya kami kena siapkan workpiece untuk final projek nanti, banyak giler nak kena siapkan..36 workpiece semuanya, setiap sorang akan dibagi 4 workpiece tapi yang dibagi workpiece tu hanya budak laki je...yang pompuan...emmmm...ntah la..aku tengok ade yang dok rilek je..dan ada jugak yang setengah tu dok tolong-tolong..tapi tak pela..lantak korang la..aku tak kisah sangat pon..yang penting aku punya workpiece siap..kuikuikui.


orang kuat di bengkel..kihkih..


Nak siapkan benda alah ni memang banyak cubaan..korang kena berhadapan dengan hujan cip yang teramat panas...fuhhh!!! kalau kena cip tu rase macam nak menggelupur..panas giler..tambah-tambah kalau benda tu masuk dalam baju..mak aih..tak boleh nak bayang kesakitannya. Tadi cip tu hinggap kat atas kepala aku...gilak..terbakar rambut aku..nasib baik ada member bagitau..kalau tak habis la simbol kehenseman aku ni...hakhakhak...(perasan sudah).


haaa...ni la cip kalau nak tau..bapak besar...kena yang ni memang meraung la..huhu



Esok hari last bengkel...instructor kata kalau dah siap semua maknanya kalau ade sape2 nak balik kampung boleh balik..uyeahhhh!!!! aku nak balik umah...mintak restu dulu ngan puan umi dan Mr Abah...maklumlah..nanti lepas-lepas raya haji aku kena pergi bertempur kat dewan peperiksaan tu, harap-harap aku berjaya..nanti senang2 korang tolong la doakan aku jugak ek..(muka dengan penuh pengharapan)

Ok la...hari pon dah lewat malam..aku kena rest dulu aku punya badan ni..dah penat giler ni.. tadi balik-balik bilik je terus pegi mandi dan mengadap laptop ni..memang power la..esok sah-sah bangun lewat punya..pagi tadi pon dah lewat dah..smayang pon subuh gajah..huhu..camne la nak dapat berkat..astaghfirullahal'azim. ok..aku chow dulu..Assalamualaikum...(^_^)



p/s: esok conform bangun lewat..(-_-")

Ahad, 7 November 2010

MADAH MUKADDIMAH

Dunia ini ibarat pentas lakonan,

manusia itulah pelakon dan pengarah utamanya,

malaikat itulah jurugambarnya,

al-quran dan as-sunnah..itulah skripnya,

islam itu jalan ceritanya,

kiamat itulah kesudahan pergambarannya,

padang mahsyar tempat penganugerahannya,

Rasulullah SAW adalah penerima anugerah terbaiknya,

Allah SWT adalah hakimnya,

syurga atau neraka adalah trofinya.

Sabtu, 6 November 2010

IKHLAS DARIKU

Aku bukan seperti engkau sangkakan,
pura-pura di dalam berjuang,
aku tidak pandai menyulam rahsia,
juga tak pandai ku bermadah pujangga,

jika ada benci di hati,
ohh..katakanlah padaku,
relaku terima walau kutukan,
asalkan akidah terjaga,

kerana tidak sanggup lagi,
mempermainkan dustur ilahi,
hakikat hati tak terluka,
walau zahirnya ada yang ketawa,

tuhan ku mohonkan ampunan,
ketelanjuran yang berulangkali,
teman..kita patrikan disini,
berakhir sebuah lamunan duniawi,
terima syukur taufik ilahi.

Jumaat, 5 November 2010

Hari yang bosan

Ari ni tak tau nk watpe...kadang2 klu boring aku melukis je..tp ari ni mcm tak de mood la plak. Nak msj nga awek pon...kiter ni mne ade awek, admirer ade la..huhu. Nak update blog pon rase mcm x bermaya je..member2 semua dh balik umah. kat kolej aku ni terase sperti tidak berpenghuni..sunyi yang teramat-amat sgt.

klau dapat balik umah mesti best kan...tp minggu lepas aku dh balik dah..x kn nk blik plak kot..nk cekau kat mane duit?? ari tu pon balik sbb ade urusan yg penting..klu x penting aku dh x blik kot...tnggu bile raye jela. raye aji minggu depan...x tau la bleh balik ke x..dgr2 kabar tiket dh abis dh..siot btul..kejap plak abis..cmne aku nk balik?? emmm...nk tak nk kna naik bas lompat la jwbnya..huhu..tensen..(-_-")

Final exam pon dh nk start dh...study ape pon x lagi ni...(tp ran, ko kna rilek..jgn gabra sgt..istighfar2..) harap2 tuhan permudahkan segala urusan aku kat dunia ni..insyaAllah. tadi tepon kat puan umi jap..rase rindu plak nk dgr suara beliau..beliau je yg bleh tenangkan aku di saat ini..huhu..sungguh kamu teramat bererti bg ku..ngeh3..

ok...aku rase dh x de pape dh nk tulis...mlm ni otak aku jd blur tetiba...ketandusan idea secara mendadak...aku blah...salam ukhuwah semua...assalamualaikum..

Khamis, 4 November 2010

BULAN


Assalamualaikum semua. Ari ni ari yg agak mendung maklumlah skang ni kat kawasan pntai timur dh masuk musim tengkujuh dah..so malam2 susah la sikit nk tengok bulan. Jd ari ni aku nk kongsikan satu cerita tentang bulan..huhu..jd harap korang enjoy lah ye..



Koridor Bangunan A Sekolah Tinggi Lelaki Suzuran tunggang langgang. Sampah bertaburan di sana sini. Dinding-dinding bangunan dihiasi dengan contengan yang memburukkan suasana. Jendela-jendela kelas ibarat gigi yang rongak akibat lompongan kaca-kaca tingkapnya yang pecah.

“Inilah dia keadaan Bangunan A. Ada lima kelas semuanya. Dua di bawah dan tiga di atas” Cikgu Hilmi memandang.

Guru muda di sebelahnya tersenyum sahaja. Cikgu Hilmi terpaksa mendongak sedikit untuk memandang guru baru itu.

“Boleh ke enta cuba uruskan ni?”

Guru muda itu ketawa kecil. “Beres Pengetua. InsyaAllah saya usaha” Memandang Cikgu Hilmi dengan senyuman sambil mengangkat ibu jari.

Lelaki muda, rambut hitam berkilat, bercermin mata berbingkai putih, berkemeja biru, berseluar kemeja hitam.

Cikgu Hilmi menggeleng sambil mengukir garisan manis di bibir.

“Kamu ni Basyir, tak berubah-ubah ya?”

Basyir ketawa. “Eh, berubah banyak la pengetua”

Mereka berdua berjalan ke hujung koridor, ke arah tangga.

****

Prang!

Bunyi kaca tingkap pecah kedengaran. Sebuah kerusi melayang keluar dari kelas Tingkatan 5A. Kerusi itu melanggar dinding koridor lalu jatuh tersadai di atas lantai.

“Mampus kau!” Jeritan pula kedengaran. Kali ini kelihatan kepala pelajar tersembul keluar dari jendela yang sudah tidak mempunyai tingkap. Tidak lama kemudian dua kaki menapak di sebelah kepala pelajar tadi. Ada seorang pelajar bertubuh sederhana kecil sedang mencangkung sambil memegang kepala pelajar tadi.

Ketika ini mula kedengaran sorak sorai dari dalam kelas. Semua seperti sedang memberikan sokongan kepada yang sedang memegang kepala itu.

“Mati!” Satu tumbukan dilancarkan.

Tiba-tiba sorakan terhenti. Suasana kelas menjadi sepi. Yang menumbuk terdiam. Tangannya sedang dipegang kejap dan kemas. Malah terlalu erat dan kuat sehingga dia tidak mampu bergerak untuk melepaskan diri.

“Assalamu’alaikum!” Basyir memandang pelajar itu dan semua yang berada di dalam kelas sambil mengangkat tangan kirinya yang sedang memegang buku. Senyuman manis dilepaskan.

Semua pelajar terkesima. Si Penumbuk terjeda.

“Lepaskan aku bodoh!” Dia berteriak. Basyir memandang tepat ke wajah Si Penumbuk.

“Oh?” Dia melepaskan tangannya. Si Penumbuk hilang kawalan, tidak mampu mengimbangi tubuhnya, lantas terjatuh di atas lantai dalam kelas.

“Fathi!” Beberapa orang pelajar lelaki merapati Si Penumbuk. Nampaknya seperti Si Penumbuk adalah ketua kepada mereka.

“Kamu tak apa-apa?” Basyir mendekatkan kepalanya dengan kepala yang ditumbuk. Hidung mereka hampir bersentuhan.

“Err.. terima kasih” Yang Ditumbuk membetulkan kedudukannya, kemudian bergerak ke arah tempat duduk. Beberapa orang pelajar lain turut mendekatinya. “Kau ok ke Syu’aib?”

Syu’aib mengangguk perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang Basyir yang berdiri di luar tingkap.

Basyir bergerak menuju ke pintu dan memasuki kelas.

“Tepi, tepi” Fathi menggerakkan bahunya, rimas dipegang oleh rakan-rakannya. Matanya ternyala api kemarahan. Basyir seakan mahu diterkamnya.

“Kau siapa ha?!” Fathi berteriak. Semua pelajar memandang ke hadapan.

“Cikgu kamu” Basyir meletakkan bukunya atas meja salah seorang pelajar di hadapan. Kelihatannya, kelas ini meja guru pun tiada.

Semua ahli kelas terdiam.

****

“Kenapa kelas 5A?”

“Kapten-kapten pelajar Bangunan A ada dalam kelas tu kan?”

Cikgu Hilmi mengangguk. Fathi dan Syu’aib. Dua pelajar paling bermasalah. Namun mempunyai pengaruh yang sangat kuat.

“Jadi, kapten-kapten itu dahulu yang perlu saya uruskan”

“Pengikut-pengikutnya?” Cikgu Hilmi membayangkan ahli kelas 5A, 5B, 5C, 5D dan 5E. Semua ahli kelas di situ ibarat gengster. Beberapa orang guru telah memohon berhenti kerja semata-mata kerana tidak tahan dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Tidak cukup dengan itu, lima kelas itu terpecah kepada dua kumpulan yang besar dan mereka sering berperang sesama sendiri.

Namun bagi menjaga reputasi sekolah, Cikgu Hilmi sebagai pengetua tidak dibenarkan untuk membuat laporan. Ahli Majlis Mesyuarat Sekolah tidak membenarkan tindakan itu. Justeru, Cikgu Hilmi yang tidak tenang melihat keadaan pelajar-pelajar yang sedemikian rupa, berusaha melakukan sesuatu.

“Dah nama pun pengikut, pengetua. Nanti mereka ikut la ketua mereka” Basyir terus dengan senyuman.

Cikgu Hilmi menggeleng. Tenang sahaja gaya Basyir. Langsung tidak kelihatan sedang berhadapan masalah. Sedangkan, pelajar-pelajar di Bangunan A itu langsung tidak pernah dijinakkan. Seluruh Sekolah Tinggi Lelaki Suzuran menjadi tidak aman dengan keadaan pelajar-pelajar dari bangunan itu.

Beberapa kumpulan pelajar tingkatan empat di Bangunan D juga telah turut terpengaruh. Pelajar tingkatan tiga pula, selain masalah kemuncak keremajaan mereka, ada juga yang mula berjinak-jinak dengan gengsterisma yang menular ini.

Gengsterisma ini pula membawa banyak lagi perkara yang tidak baik dan menjatuhkan moral sosial seperti merokok, melanggar banyak peraturan sekolah, berbahasa kotor. Arak dan dadah juga sudah mula didapati menular. Namun tiada yang mampu melakukan apa-apa.

Dan Basyir hanya tersenyum?

“Kamu mesti teringatkan diri kamu yang dahulu kan?” Cikgu Hilmi bertanya.

Basyir ketawa kecil. “Pengetua, semua tu tak akan saya lupa sampai mati”

Cikgu Hilmi mengangguk. “Sebab itu aku panggil kamu ke mari”

Basyir mengangguk. “Saya faham pengetua. Saya faham”

Mereka berdua menikmati pandangan senja di hadapan bilik warden, rumah sementara Basyir buat masa ini.

*****

“Assalamu’alaikum semua”

Dan jawapan itu seperti biasa sukar hendak dijawab oleh pelajar-pelajar. Hanya beberapa orang pelajar menjawab dengan perlahan. Yang lain hanya memandang sahaja.

“Apa khabar?”

Dan kelas tetap senyap.

“Pelajaran PQS hari ini, kita akan masuk bab…” Basyir tetap tenang meneruskan pengajaran. Senyumannya tidak pernah lekang.

Ketika ini, pemadam papan putih melayang ke arahnya dengan kelajuan yang deras. Basyir menunduk tenang walaupun dia tadinya seakan tidak perasan akan layangan objek itu. Pemadam itu mengenai papan putih dan jatuh ke tanah.

Basyir menegakkan tubuhnya semula. Kelihatan Fathi sudah berdiri di atas kerusi, dengan sebelah kakinya menapak di atas meja.

“Hei cikgu jahanam. Kau tak bosan ke hah?” Suaranya memetir. Ula kedengaran beberapa orang berbisik-bisik. Syu’aib sekadar memandang sahaja Fathi.

“Bosan dengan apa?” Basyir membetulkan cermin matanya, sambil memandang Fathi.

“Kau hari-hari kena dengan kami, kasut kau kami hilangkan, buku kau kami koyak-koyakkan, baju kau kami rendam dalam clorox sampai lusuh, kami jatuhkan air pada kau, kami tak buat kerja kau beri, kami sengaja tak datang peperiksaan, kami merokok dalam kelas kau, kami buat macam-macam. Kau tak sakit hati ke hah? Tak bosan mengajar kami ke hah?” Wajah Syu’aib berkerut.

Kelas sepi sebentar. Yang berbisik-bisik tadi pun terdiam. Ya, sudah hampir tiga bulan dan bermacam perkara sudah diusahakan. Namun Cikgu Basyir yang sentiasa tersenyum ini tidak pernah langsung mengendurkan garisan penuh sinar pada bibirnya itu. Terus mengukir garisan yang menyenangkan itu walau apa pun yang berlaku. Tetap berusaha merapati pelajar-pelajar, tetap mencuba pelbagai metod untuk membawa pelajar ke jalan kebenaran.

Walaupun majoriti usahanya tidak disahut, namun Cikgu Basyir tetap tenang dan langsung tidak menunjukkan riak kebencian.

Basyir memandang Fathi dan seluruh kelas. Syu’aib sempat diliriknya.

Dia menghela nafas. Marker diletakkan.

“Sebab aku dahulu macam kamu juga. Jadi kalau dahulu guru aku bosan dengan aku, maka aku tak akan menjadi aku seperti hari ini”

Dada Fathi ibarat disambar petir. Syu’aib pula ibarat digegarkan jantungnya. Seluruh kelas ibarat disapa angin sejuk menggetaarkan jiwa.

“Aku dahulu macam kamu juga”

“Kalau dahulu guru aku bosan dengan aku, maka aku tak akan menjadi aku seperti hari ini”

Dua ayat itu menyapa kalbu. Sejuk.

“Boleh kita sambung belajar?” Basyir angkat kening dua kali. Dia memandang ke papan putih. Tidak lama kemudian dia menunduk mengambil sesuatu.

“Fathi…”

Fathi yang sudah duduk, mengangkat kepalanya ke hadapan.

“Lain kali tolong jangan baling pemadam ya” Basyir berbicara sambil tersenyum.

Beberapa orang di dalam kelas ketawa dengan gaya Basyir yang selamba. Terkoyak sengih Syu’aib tanpa sengaja. Fathi mengetap bibir. Dia tidak tahu dia sedang menahan geram, atau menahan diri dari ketawa.

Hati-hati mereka tersapa.

*****

“Cikgu, macam mana cikgu mampu sabar dengan kami?”

Basyir yang tenang menghirup mee kari mengangkat kepala. Pandangannya terhalang oleh wap yang terbentuk pada cermin matanya. Segera dibuka cermin matanya itu.

“Oh, Syu’aib. Apa khabar kamu? Mari makan” Basyir menggaris senyuman. Satu perkara yang tidak pernah ditinggalkan olehnya.

“Tak mengapalah. Saya nak bersembang dengan Cikgu aja”

“Janganlah macam itu. Makanlah. Aku tahu kamu lapar” Basyir memanjangkan lehernya, melambai tangan memanggil penunggu kedai. Dia memesan satu lagi hidangan mee kari untuk Syu’aib.

Syu’aib hanya mampu melihat. Macam mana Cikgu tahu dirinya sedang kelaparan?

“Ibu di rumah sihat? Sakit-sakitnya sudah baik atau belum?”

Mata Syu’aib membesar. Macam mana…

Basyir tersengih. “Aku periksa latar belakang kamu. Aku periksa latar belakang semua anak-anak murid aku. Dan hampir kesemua rumah kamu telah aku ziarahi. Semuanya aku ketahui”

Tubuh Syu’aib tiba-tiba bergetar. Bukan kerana takut. Bukan kerana terkejut. Tetapi ada satu perasaan hebat mencengkam jiwanya. Tiba-tiba matanya berkaca. Dia cuba menahan, tetapi itu menyebabkan getaran tubuhnya menjadi semakin hebat.

Makanan yang dipesan untuk Syu’ain telah sampai. Basyir menolak makanan itu perlahan ke arah Syu’aib.

“Makan”

Dan Syu’aib menjamah mee itu dengan titisan air mata yang tersembunyi di balik asap nipis yang menaik.

Soalan tadi terjawab begitu sahaja.

Dengan perbuatan.

Bagaimana cikgu boleh bersabar dengan kami?

Kerana cikgu memahami.

Dari jauh, Fathi melihat keadaan Syu’aib. Majoriti pelajar di kantin turut memerhatikan keadaan itu. Syu’aib, ketua kumpulan genster yang menentang kumpulan Fathi, tanpa segan silu mengeluarkan air matanya di tengah-tengah manusia.

Namun semua diam tak berkata apa-apa.

Malah jiwa-jiwa mereka seakan tersetuh.

****

Cikgu Basyir yang tenang, Cikgu Basyir yang kemas, Cikgu Basyir yang sopan. Tidak segan bergaul dengan pelajar, tidak pula naik angin bila menegur, tidak pula mencaci maki bila kesusahan. Sentiasa tersenyum. Peribadinya seakan bersinar terang memberikan cahaya kepada Sekolah Tinggi Lelaki Suzuran yang selama ini kelam. Tambahan di Bangunan A.

“Cikgu, cikgu” beberapa orang pelajar mendapatka Basyir. Basyir sedang duduk-duduk di dengan Syu’aib dan Fathi serta sekumpulan pelajar lain di bawah pokok berdekatan padang.

“Nak ikut sekali boleh?” Pelajar-pelajar tingkatan tiga itu bertanya.

“Boleh, apa salahya. Duduk, duduk. Senior-senior, berikan ruang”

Pelajar-pelajar tingkatan 5 membuka kawasan agar lapang. Pelajar-pelajar tingkata tiga tadi mula duduk.

Basyir akan memberikan penyampaiannya setiap petang selepas kelas sementara menanti masuknya waktu Asar. Kalau dahulu, hanya seorang dua sahaja pelajar mengikuti penyampaiannya. Kini, seluruh pelajar tingkatan 5 di bangunan A telah mengikuti, ditambah pula dengan pelajar-pelajar tingkatan empat, dan sekarang pelajar-pelajar tingkatan tiga pula mula menyertai.

Syu’aib dan Fathi telah banyak berubah, dan mereka membawa perubahan itu kepada rakan-rakan dan junior-junior mereka pula.

“Kenapa Islam ini mesti menjadi pilihan kita Cikgu?” Seorang pelajar bertanya di akhir penyampaian. Penyampaian Basyir sering berputar pada pengisian Islam Sebagai Cara Hidup. Pengisian-pengisiannya membawa kepada kesedaran untuk membentuk kehidupan yang bahagia daripada pengamalan Islam itu sendiri.

Basyir tersenyum.

“Kamu tahu, kita ibarat bulan. Bulan cantik atau tidak?”

“Cantiklah, bulan mengambang paling cantik” seorang pelajar lagi menjawab.

“Bulan cantik ya? Kenapa kamu kata bulan itu cantik?”

“Sebab cahanya. Tiada apa yang boleh lawan ketenangan cahaya bulan di tengah kelam malam”

Basyir mengangguk diiringi senyuman. “Bulan cantik sebab cahanya kan?”

Semua mengangguk. Benar. Cantik bulan kerana cahayanya yang menawan.

“Bagaimana bulan tanpa cahaya?”

“Buruk la. Banyak kawah. Kelabu hodoh” Seorang lagi menjawab.

Basyir ketawa kecil. Gaya pelajar itu macam tidak suka langsung dengan bulan tanpa cahaya. Ya, bulan tanpa cahaya memang hodoh.

“Cahaya bulan, datanya dari mana?” Basyir bertanya lagi.

“Matahari. Bulan memantulkan cahaya matahari” Syu’aib menjawab.

“Ya. Dan begitulah kita. Islam adalah ibarat matahari. Sumber tenaga kepada kehidupan itu sendiri. Dan kita adalah ibarat bulan.”

Semua diam. Ada yang masih tidak mampu menangkap kata-kata Basyir.

“Maksudnya Cikgu?” Fathi menggaru kepala.

“Kita ini hakikatnya buruk, dengan Islam kita bersinar unggul”

“Memantulkan cahaya Islam?” Seorang pelajar bertanya.

Basyir mengangguk. “Bila kita mengambil Islam sebagai cara hidup, membinanya di dalam jiwa kita, dan memantulkannya di dalam amalan kita, maka kita akan bercahaya”

Dan semua pelajar membuka mata dengan besar. Rasa macam benar-benar melihat cahaya yang dinyatakan itu. Rasa seperti cahaya itu sedang berada di hadapan mereka, terpancar-pancar pada peribadi Basyir.

Ya, Basyir memantulkan cahaya Islam itu di dalam kehidupannya selama ini. Di dalam pergaulannya dengan pelajar. Di dalam perawakannya sebagai guru dan sahabat. Di dalam tugasannya sebagai pendidik dan penyeru. Menyebabkan hari ini semakin ramai pelajar-pelajar tertarik dengannya.

“Justeru, kehodohan kita akan terlenyap apabila kita mampu memancarkan cahaya Islam itu sendiri”

“Maksudnya, kami semua ini, masih ada peluang untuk bercahaya?” Fathi bertanya.

Basyir tersenyum riang.

“Ya.”

Yakin dia menjawab.

“Cikgu pernah juga menjadi buruk dan hodoh macam kami?” Seorang pelajar tingkatan tiga mengangkat tangan.

Senyuman Basyir tidak lekang. Malah makin melebar. Matanya terkatup kerana senyuman.

“Pernah”

Dan semua pelajar senyap. Angin sepoi-sepoi bahasa membuai mereka ketika azan asar berkumandang.

Dari jauh, Cikgu Hilmi sekadar memandang. Dia tersenyum sendiri.

“Basyir…”

****

Pelajar-pelajar bangunan A pada hari ini bergotong royong membersihkan Bangunan mereka. Tingkap-tingkap baru dipasang mengisi kekosongan jendela. Langsir-langsir koyak diganti. Dinding-dinding yang diconteng dicuci dan dicat agar kelihatan cantik semula.

“Kerja, kerja, jangan malas!” Syu’aib menjerit sambil tangannya rajin melandaskan cat pada dinding.

“Tak perlu menjerit…” Basyir di sebelahnya menegur lembut.

“Syu’aib ni memang cikgu. Noob” Fathi mencebik.

“Nak mampus?” Syu’aib menunjukkan pengecat yang ada pada tangannya.

“Syu’aib, bahasa. Fathi, cukup-cukup mengusik”

Kedua-dua mereka senyum sesama sendiri. “Bergurau je cikgu”

“Dalam Islam, bergurau pun ada hadnya. Jangan sampai retak ukhuwwah yang dibina”

Syu’aib dan Fathi tersengih. Basyir tersenyum. Islam cantiknya hingga begitu. Sangat halus.

Tiba-tiba kedengaran bunyi deruman motor-motor.

“Mana Syu’aib!” Satu suara kedengaran di celah kebingitan. Syu’aib menoleh ke bawah. Di padang hadapa bangunan A, kelihatan sekumpulan 50 orang, sedang berpusing-pusing menggunakan motor mereka.

Syu’aib terkejut. Tubuhnya menggeletar takut. Semua pelajar memandang kumpulan motor itu. Nampak macam kumpulan gengster dan samseng dari bandar.

“Kenapa Syu’aib?” Fathi berdiri di sebelah Syu’aib, memandang ke bawah. “Kau kenal mereka ke?”

“Ke.. kenal..” Mata Syu’aib tidak mampu mengecil. Mereka itu adalah…

“Itu ke gengster yang kau ceritakan sebelum ni?” Bahu Syu’aib dipegang oleh Basyir. Syu’aib mendongak. Kemudian dia menunduk sebentar, dan mengangguk.

“Mereka mesti nak tuntut dadah mereka yang dah saya bakar tempoh hari” Syu’aib memandang kepada penunggang motorsikal yang menjadi paksi kepada ‘orbit’ penunggang motorsikal lain yang sedang berpusing-pusing.

Itulah ketua mereka.

“Macam mana Cik…”…gu. Syu’aib menoleh sambil bersuara, namunya suaraya tidak habis. Basyir telah tiada.

“Tengok tu” Fathi menunjuk.

“Cikgu, cikgu!” Beberapa pelajar memanggil. Tetapi Basyir tidak peduli. Dia kini sudah berada di tengah padang.

Penunggang-penunggang motorsikal lain telah berhenti berpusing. Semua memandang Basyir.

“Kau siapa jahanam?” Ketua Penunggang Motorsikal memandang Basyir dengan angkuh. “Aku hanya nak berurusan dengan budak bajingan tu. Aku nak dia bayar semula barang-barang aku”

Basyir tersenyum. “Apa kata kamu pulang?”

“ha?” Mata Ketua Penunggang Motorsikal itu terjegil. Terkejut dengan keselambaan manusia di hadapanya, dan terkejut pula dengan permintaan Basyir.

“Dia anak murid aku. Dahulu dia tidak faham, terperangkap dalam kesukaran hidup keluarganya. Sebab itu dia bersekongkol dengan kamu. Kini dia telah insaf dan hendak meninggalkan kamu”

“Aku tidak peduli yang itu. Sekarang mana dadah aku”

“Telah dibakar. Dia membantu kamu dari menyebarkan kejahata dengan lebih meluas. Sebelum kamu dibakar api yang takka mampu dipadam oleh sesiapa”

“Aku bukan datang ke sini untuk dengar kau membebel jahanam!” Sang Ketua marah. Segera dia mengeluarkan pistol dan menembak.

“Cikgu!” Pelajar-pelajar menjerit takut.

BANG!

Mata penungang-penunggang motorsikal terbeliak. Peluru tadi hanya terbenam ke tanah, bersama asap nipis daripadanya.

“Apa kata kita hentikan perkara yang tidak bermakna ini? Aku yakin kau tidak pernah bermimpi akhir hayat kau di tali gantung” Basyir bersuara di sisi Ketua penunggang motorsikal.

Semua penunggang motorsikal memandang ketua mereka. Entah bila, Basyir telah berada di situ. Pantas…

“Cela…” Belum sempat ayat itu disempurnakan, satu hentaman deras mendarat pada dagu Sang Ketua. Suasana seakan menjadi sangat perlahan sebelum Sang Ketua jatuh melentang ke bumi.

Penunggang-penunggang motorsikal terus turun bersama-sama senjata mereka seperti parang, batang besi dan sebagainya. Mereka tidak boleh menembak dalam keadaan ini kerana takut tertembak sesama sendiri.

“Serang!” Semua menyerbu.

“Cikgu!” Syu’aib dan Fathi menjerit.

Kali ini, bahu mereka berdua ditepuk lembut. Kedua-dua mereka menoleh.

“Pengetua?”

Cikgu Hilmi tersenyum. “Jangan risau. Cikgu Basyir kamu itu tak akan apa-apa insyaAllah” Cikgu Hilmi menepuk lagi sekali tubuh Syu’aib da Fathi. Mereka kembali melihat kepada Basyir.

Lelaki itu bertarung gagah seorang diri. Satu persatu penunggang motorsikal tumbang dengan langkah lincahnya. Tangan dan kaki Basyir bergerak sangat pantas, memukul kawasan-kawasan penting pada tubuh membuatkan sesiapa yang berhadapan dengannya terus tidak mampu bangun.

Namun, seorang menandingi lima puluh, tetap berada di dalam kekurangan. Basyir tetap menerima pukulan dan torehan. Bajunya koyak. Dia kini berundur dan mengelak, sambil sekali sekala menyerang. Dia sentiasa memastikan agar dirinya dikelilingi agar tiada sesiapa mampu melepaskan tembakan.

“Eh.. belakang tubuh Cikgu…” Fathi memicingkan anak matanya. Cuba melihat dengan betul-betul.

“Apa dia tu…?” Syu’aib juga mula memerhatikan dengan teliti.

Cikgu Hilmi tersenyum. Dia tahu apa yang menarik perhatian pelajar-pelajarnya itu.

“Cikgu Basyir kamu itu, dahulu dikenali sebagai Buzz.”

Syu’aib dan Fathi tersentak. Buzz… Buzz The Legend?

Buzz The Legend sangat terkenal di Sekolah Tinggi Lelaki Suzuran. Satu-satunya pelajar yang tidak mampu ditandingi sesiapa di sekolah itu dan namanya masyhur disebut oleh semua generasi pelajar hingga ke hari ini. Segela peraturan sekolah pernah dilanggar, malah dikatakan ketika itu sekolah menengah ini hampir-hampir ditutup kerananya. Pencapaiannya dalam memporak perandakan sekolah belum pernah lagi mampu ditandingi oleh sesiapa sehingga ke hari ini. Fathi dan Syu’aib sangat mengkagumi Buzz The Legend.

Belakang tubuh Basyir kelihatan tatu berbentu naga yang besar. Dari bawah leher hingga ke pinggang.

“Tatu tu tak boleh ditanggalkan.” Cikgu Hilmi memberitahu.

Mata Basyir dan Syu’aib tidak mampu berkelip. Tidak sangka…

“Cikgu pernah juga menjadi buruk dan hodoh macam kami?” Seorang pelajar tingkatan tiga mengangkat tangan.

Senyuman Basyir tidak lekang. Malah makin melebar. Matanya terkatup kerana senyuman.

“Pernah”

Inikah dia?

“Dan yang tidak pernah berputus asa dengannya…” Syu’aib memandang Cikgu Hilmi.

Fathi menyebut: “Pengetua?”

Cikgu Hilmi hanya tersenyum.

Dan ketika ini, bunyi siren polis kedengaran. Penungang-penunggang motorsikal mula berkeliaran. Namun mereka telah terkepung. Seluruh sempada sekolah sudah ada polis yang menjaganya. Satu persatu penunggang motorsikal yang mampu bergerak ditangkap. Yang sudah terlentang hilang kesedaran akibat serangan Basyir dikumpul.

Sebenarnya, sebentar tadi, Cikgu Hilmi telah menghubungi Polis sebaik sahaja melihat penunggang-penunggang motorsikal memecahkan pintu pagar utama sekolah.

Semestinya mereka akan mampu melepaskan diri. Namun kehadiran Basyir yang menjatuhkan Sang Ketua tadi membuatkan pergerakan mereka seakan lumpuh dan terkunci.

“Selepas ini, mereka tidak akan menganggu kamu lagi Syu’aib” Cikgu Hilmi mengusap rambut Syu’aib.

“Dan kamu semua, lihatlah cikgu kamu itu. Dari longkang jahiliyyah, bagaimana dia mampu mencapai apa yang kamu lihat hari ini” Cikgu Hilmi memandang Basyir.

Basyir menghela nafas lega. Kalau diteruskan tadi, tidak mampu juga untuk dia memenangi. Mujur polis hadir. Pasti Cikgu Hilmi yang memanggil.

Basyir menoleh ke arah Bangunan A. Pelajar-pelajarnya seakan tergamam.

Basyir mengukir senyuman manis. Mengangkat jari ibunya.

“Semua terkawal”

Dan semua pelajar bergerak menerkamnya, gembira akan keselamatannya.

Fathi dan Syu’aib turut turun.

Dan di dalam hati mereka, mereka telah melihat bagaimana seorang yang pernah menjalani keburukan dan kehodohan hidup yang jauh lebih kotor dari mereka, mampu bersinar terang menjadi Cikgu Basyir Arifi yang mereka kenali hari ini.

Mereka masih punya peluang, menjadi seperti bulan!


Sumber : Hilal Asyraf