Jumaat, 15 Julai 2011

Mainan Zaman Budak-budak Dulu

Burung-burung berkicauan menandakan hari yang telah menjengah ke waktu pagi, aku memandang ke luar tingkap sambil menghirup udara di pagi hari..Ahhhhh!!! terasa segar udara dikampung, teramat berbeza dengan udara dibandar yang sememangnya telah bercampur dengan asap-asap kilang dan kenderaan-kenderaan yang sedang berpeleseran di atas jalanraya. Ok!! bersastera plak aku di pagi hari ni..kehkehkeh. Lepas-lepas semayang subuh tadi abah aku dah pesan awal-awal..lepas ni tolong dia wat pondok kat depan umah. Pondok?? nak watpe bah?? Alaaaa...nak wat tempat baiki keta jap. Oooo...aku mengangguk tanda faham dan sebenarnya pondok tu dah berdiri separuh dah dari kemarin, cuma tinggal nak letak atap zink je lagi. Lepas-lepas pakai baju yang sesuai aku terus keluar rumah untuk menyetelkan kerja yang dipesan tadi.

Tengah-tengah dok wat kerja tadi aku ternampak sebatang buluh runcing yang memang aku kenali sangat buluh itu. Kalau kat kelantan buluh ni memang terkenal dengan nama buluh peleting, kat sebelah luar tak tau plak aku nama ape..huhuhu. Bila tengok buluh ni aku terus teringat masa zaman aku nakal-nakal dulu, zaman budak-budak dulu memang suka cari buluh ni..bukan senang nak cari buluh ni..kena masuk hutan yang dekat dengan area2 sungai baru bleh jumpa. Nak watpe?? kehkeh..haaa..ni la yang aku nak citer. Dulu buluh ni aku suka wat main tembak-tembak..kalau sape-sape yang sebaya ngan aku dulu mesti penah main dengan benda alah ni, dan biasa aku panggil bedil buluh je..korang tak tau plak aku korang pnggil ape. Dia punya main tu ala-ala combat sedikit..ada dua geng..satu geng jahat dan satu lagi geng hero, aku biasa akan masuk geng yang jadi hero-hero je..ahaks!!


haaa..ni la rupa bedil buluh bagi sape yang tak penah tengok lagi.



ni buluh yang perlu digunakan.

Nak wat benda ni senang je..just perlu cari buluh ni dan potong dalam 20cm camtu..pastu buat dia punya perocoh untuk menembak. nak wat perocoh ni kau hanya perlu melurut buluh tu sampai jadi bulat dan same dengan diameter lubang buluh yang telah dipotong tadi. Pastu, lebihan batang buluh tu kau buat la hulu untuk perocoh tu. Untuk peluru plak, kau hanya perlu cari kertas je, pastu kau koyak sikit dan basahkan supaya mudah nak buat bulat dan masukkan dalam lubang buluh tadi, buat bagi banyak tau..peluru mane ade orang buat sikit-sikit..kehkeh.








camni la dia punya function.

Tapi bagi aku..aku tak pakai kertas untuk buat peluru..leceh baiii!! aku lebih suka memanfaatkan alam semulajadi ni..hua3..aku lebih suka guna buah cenerai..buah cenerai ni boleh di makan kalau kau nak tau..dia punya rasa masam-masam manis gitu..memang best di makan sambil lepak-lepak menunggu musuh sampai..kekekeke. Buah cenerai yang belum masak lebih sesuai digunakan untuk buat peluru sebab yang tak masak ni.. kandungan air dia banyak dan memudahkan pergerakan peluru dalam buluh tu. Haaaa...sekali kena ni bleh lebam sampai dua tiga hari cakap kau..sakit tu toksah cakap la...memang giler-giler punya sakit..aku penah kena sekali ngan member aku..ade ke patut dia tembak aku kat telinga..mak aih!! dok sebatu bleh dengar lagi aku meraung..lahabau punya member. Damn!! kau dah melanggar etika peraturan duhai kawan, kau akan terima balasannya...esok tu aku tembak dia atas idung..hakhak..memang merah idung dan merah biji mata nak menangis..kahkahkah..padan muka kau.



buah cenerai.






Bukan satu ni je mainan yang aku main..banyak lagi kalau kau nak tau..senapang kayu, berlaga bijik getah dan macam-macam lagi..memang seronok kalau dok ingat-ingat balik..tapi skang ni aku dah tak nampak dah budak2 sekarang main benda camtu..semua dok layan PS2, PS3 dan game2 yang ade kat dalam laptop tu..memang tidak mendatangkan manfaat langsung. Kalau nak ikutkan, mainan dulu lebih memberi manfaat pada kite..sebab?? yelaaa..kalau dulu-dulu nak main game kena ramai-ramai dan masing-masing kena bersepakat untuk menyusun strategi..haaaa..kat sini kite dah bleh nampak semangat kerjasama tu ada..dan yang paling penting..ia mewujudkan silaturahim diantara kami..best tu tak payah cakap la..memang terbaikkk...kehkeh..(^_^)



senapang kayu.



ni biji getah kalau nak tau.


Kalau kau dok layan PS2,PS3 tu ape la sangat..dok layan kejap je..pastu dah naik boring kalau asyik kalah..betol tak?? aku tau la..bukannya aku tak penah main benda alah tu...huhuhuhu..tapi ape-ape pon..kite sepatutnya mengekalkan mainan tradisional ni supaya tidak tertelan zaman.

ps: rase cam nak gi wat bedil buluh je..kekeke..(^_^")

2 ulasan:

guli main x?
 
oit oit..kihkihkihkih
 

Catat Ulasan