Jumaat, 22 Januari 2010

Kau yang mengajarku...

Ketika aku mencari ketenangan,
Aku temuinya pada ciptaan-Mu

Ketika aku mencari keinsafan,
Aku temuinya dalam Solat Dhuhaku.

Ketika aku mencari penyelesaian kepada masalah,
Aku temuinya dalam sujud Tahajudku.

Ketika aku mencari tempat untuk meluahkan rasaku,
aku temuinya ketika berdoa kepadamu.

Ketika aku serabut dengan dunia ini,
Engkau hadirkan aku ke majlis-majlis ilmu.

Ketika iman ku lemah,
Engkau bawa diriku kembali dengan bantuan ahli usrah.

Ketika aku rindukan kasih sayang,
Engkau kurniakan keyakinan kepadaku untuk terus bertahan.

Ketika aku buntu,
Kau bisikkan aku dengan Ayat-Ayat suci-Mu.

Ketika aku terleka,
Kau memberi amaran kepadaku dan membuka ruang keampunan

Ketika aku marah,
Engkau mengajar kesabaran dalam solat jemaah.

Ketika aku mencari cinta sejati,
Kau berikan jawapan berdasarkan pengalaman orang lain.

Ketika aku sunyi,
Kau kurniakan teman-teman disekelilingku

Ketika aku mula meragui-Mu,
Kau tunjukkan Islam itu TERULUNG.

Walau apa pun terjadi, Kau sentiasa dekat dgn ku....Kau sentiasa berada bila aku memerlukan...tidak putus aku berdoa...Ya Allah beradalah disisiku sentiasa, yakinkan kepadaku setiap yang berlaku ade hikmahnya....Kerna aku yakin Allah lakukan sume ni untuk mengajarku...

0 ulasan:

Catat Ulasan